Sekolah Rendah, Menengah Agama dan Tahfiz Al Quran Darul Irfan ini mula beroperasi pada 03 Januari 2002 di atas Bukit Dahlia, Pasir Gudang yang bersuasana tenang dan nyaman dengan persekitaran perjiranan yang muhibbah.
Sekolah ini dibangunkan atas matlamat bagi menghidupkan anak-anak Muslimin supaya dapat berjaya di dalam tiga sistem iaitu di dunia dan akhirat yang diperkuatkan dengan ilmu pelajaran (Al Quran, Agama serta Akademik).
Visi kami adalah bagi membentuk generasi hafiz, hafizah, ustaz, doktor, juruteknik, arkitek dan lain-lain kerjaya yang bermanfaat untuk agama dan seluruh umat Islam secara syumul.
Keutamaan dibentuk dengan didikan sempurna yang melahirkan akhlak yang mulia sebagaimana digariskan kaedah Al Quran dan As Sunnah Rasulullah.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini sekolah kami telah berhasil mendidik hafiz dan hafizah yang berjaya di dalam bidang masing-masing.
________________________________________________________________
KETERANGAN LOGO
SEKOLAH
BULAN SABIT: MELAMBANGKAN
ISLAM
Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah
Islam
BINTANG: MELAMBANGKAN RUKUN ISLAM
Rasulullah SAW
bersabda : lslam itu bahawa engkau naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa)
engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
MENARA :
MELAMBANGKAN RUKUN IMAN
Dia bertanya
( Jibril ) : Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda : ( lman itu ialah)
bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya,
hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qada” baik dan buruk.
AL-QURAN :
MELAMBANGKAN PEGANGAN
SABDA RASULULLAH S.A.W: Ditinggalkan kepada umatku dua perkara
iaitu Al-Quran dan Sunnahku (pegangan).
KUBAH :
MELAMBANGKAN PERPADUAN ( SOLAT)
Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda bermaksud: SesungguhNya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang
pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima,
Maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia.
MATAHARI : MELAMBANGKAN CAHAYA
Allah Pelindung
bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir,pelindung mereka adalah
Thagut (syaitan) mengeluarkan mereka daripada Nur petunjuk dan iman kepada kegelapan
iaitu kekufuran.
BUNGA : MELAMBANGKAN KESUCIAN
Sesiapa yang mengikuti jalan Allah s.w.t maka akan menjumpai keredhaan-Nya
dan jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah menyukai yang cantik.
KETERANGAN WARNA
1)
MERAH
: SEMANGAT YANG MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
2)
HIJAU
: KEDAMAIAN YANG DIPEROLEHI DENGAN BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
DALAM KEHIDUPAN.
3)
PUTIH
: KESUCIAN YANG MELAMBANGKAN HATI UMAT ISLAM DAN HATI- HATI ORANG YANG MENJAGA
MARUAH DAN ILMUNYA.
4)
KUNING
: KEDAULATAN DAN KEPIMPINAN YANG AMANAH. JUJUR, DAN IKHLAS DALAM BERAMAL SOLEH
SEPANJANG ZAMAN.
________________________________________________________________
Silibus Pelajaran
Senarai Matapelajaran Peringkat SDEA (Sijil Darjah Enam Agama)
- Tauhid
- Tahfiz
- Ibadat 1
- Ibadat 2
- Akhlak
- Sirah
- Bahasa Arab
- Tajwid
- Hadith
- Pendidikan Alam
- Matematik
- Sains
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Jawi
Senarai Matapelajaran Peringkat SDKA (Sijil Darjah Khas Agama Johor)
- Faraid
- Muamalah
- Munakahat
- Tauhid
- Tafsir
- Hadith
- Akhlak
- Sirah
- Jenayah
- Ibadat
- Tahfiz
- Matematik
- Sains
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Geografi
- Sejarah
- Pendidikan Islam
Senarai Matapelajaran Peringkat SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama)
- Nahu
- Saraf
- Sirah
- Insya
- Mutalaah
- Tauhid
- Hadith
- Fiqh
- Tahfiz
- Tafsir
Senarai Matapelajaran Peringkat SMA (Sijil Menengah Agama)
- Nahu
- Saraf
- Insya
- Mutalaah
- Tafsir
- Hadith
- Tauhid
- Fiqh
- Adab & Usus
- Balaghah
- Mantiq
- Tahfiz
Senarai Matapelajaran Peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Sejarah Islamiyah
- Pendidikan Al Quran & Sunnah
- Bahasa Arab Tinggi
________________________________________________________________
Assalamualaikum..my son from philippine age 10 and 14 years can study to ur school?
ReplyDeleteAsrama bagi pelajar lelaki utk sek men adakah disediakan
ReplyDeleteTarikh tutup pndaftaran bila ye
ReplyDeleteas slm nk tanye mcm mne nk dftr ye
ReplyDeleteApakah peringkat umur untuk memasuki sekolah Ini Dan adakah asrama disediakan
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Dari umur berapa tuk pengambilan pelajar di mahad tahfiz ni?
ReplyDeleteAssalam...maaf bertanya,blh x anak naik tingkatan 2,2020 blh daftar?
ReplyDeleteMaaf semua..blog ni guru yg buat dh tiada..so segala pertanyaan boleh ke fb pages..
ReplyDeleteAssalamualaikum....boleh share details...tkasih
ReplyDelete