Selamat datang diucapkan kepada pengunjung halaman web rasmi
Sekolah Rendah, Menengah Agama dan Tahfiz Al Quran Darul Irfan

Di halaman ini, kami memuatkan khabar serta maklumat asas berkenaan sekolah untuk makluman bagi ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang berminat.


Saturday, September 21, 2013



SEKOLAH RENDAH MENENGAH AGAMA  DAN TAHFIZ DARUL IRFAN MULA DIBINA PADA FEBUARI 2002 SIAP SEPENUHNYA DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN STATEGIK. KEDUDUKAN SEKOLAH INI TERLETAK 50 KILOMETER DARI BANDARAYA JOHOR BAHRU DAN BERHAMPIRAN DENGAN BANDARAYA PASIR GUDANG SERTA MASJID JAMEK PASIR GUDANG. IA DIBINA DI ATAS TAPAK YANG LUASNYA  10 KAKI DAN MELIBATKAN KOS RM 300 RIBU OLEH  PENGETUA SEKOLAH INI SENDIRI MELALUI TITIK PELUHNYA SENDIRI.
            NAMA SEKOLAH RENDAH   MENENGAH  AGAMA DAN TAHFIZ DARUL IRFAN DIBERIKAN SEMPENA DUA PERKARA IAITU PERTAMA SEMPENA NAMA PENGETUA IRFAN ALGUL DAN KEDUA NIAT PENGETUA ADALAH MENDIRIKAN SEKOLAH PADA AWALNYA TAHFIZ BAGI MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN YANG BERINOVATIF DAN CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT.
            DARI SEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEKOLAH MEMPUNYAI 3 SISTEM YANG PERTAMA TAHFIZ, KEDUA AGAMA, KETIGA AKADEMIK. SETELAH BERMULANYA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MAKA TELAH BERJAYA KETIGA-TIGA SISTEM INI DENGAN CEMERLANG. PADA TAHUN 2004 KAMI TELAH MEMASUKKAN JUGA AKADEMIK BAGI MEYELARASKAN SISTEM SEKOLAH INI SAMA TARAF DENGAN SEKOLAH –SEKOLAH YANG LAIN.DALAM MASA YANG SAMA TAHFIZ AMAT DIUTAMAKAN.
            KAMI MAHUKAN ANAK DIDIK KAMI BOLEH MENJADI GURU,DOKTOR,JURUTERA, AHLI PERNIAGAAN YANG LEBIH PENTING MEREKA SEMUA ADALAH HAFIZ DAN HAFIZAH SEBAGAI KEKUATAN DALAM HIDUP MEREKA KELAK BAGI MENGELAKKAN UNSUR NEGATIF SEPERTI RASUAH, DADAH, PENIPUAN, GEJALA SOSIAL DAN SEBAGAINYA INI KERANA KAMI MEMBIMBING DENGAN TEKUN BERPEGANG PADA AL-QURAN DAN BERTERASKAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPAN.
            KEADAAN SEKOLAH INI TELAH DIUBAHSUAI DENGAN BAIK IA TERDIRI DARIPADA 8 BUAH   KELAS  IAITI KELAS ABU BAKAR, KELAS OTHMAN, KELAS UMAR, KELAS ZUBAIR, KELAS ALI, KELAS ZAID, KELAS AISYAH DAN KELAS KHADIJAH. BILIK DARJAH YANG BOLEH MENAMPUNG KAPASITI  MAKSIMUM 200 ORANG PELAJAR.IA JUGA DILENGKAPI OLEH PERPUSTAKAAN, SURAU,KANTIN, BILIK GURU DAN PEJABAT KEMUDAHAN – KEMUDAHAN INI AKAN DIPERTINGKATKAN MASA KE SEMASA BAGI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN OLEH SEKOLAH DAN PIBG SEKOLAH.TERDAPAT 11 ORANG GURU, 4 ORANG GURU AKADEMIK, 5ORANG GURU AGAMA DAN 2 ORANG GURU TAHFIZ.

            KINI SEKOLAH RENDAH MENENGAH AGAMA DAN TAHFIZ  DARUL  IRFAN TELAH BERUSIA 10 TAHUN DI BAWAH KEPIMPINAN USTAZ IRFAN ALGUL BERSAMA-SAMA 11 0RANG GURU DAN SERAMAI 200 ORANG PELAJAR.HARAPAN KAMI AGAR SEKOLAH INI BERTERUSAN DALAM MELAHIRKAN GENERASI HAFIZ DAN HAFIZAH SERTA CEMERLANG DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK.