Selamat datang diucapkan kepada pengunjung halaman web rasmi
Sekolah Rendah, Menengah Agama dan Tahfiz Al Quran Darul Irfan

Di halaman ini, kami memuatkan khabar serta maklumat asas berkenaan sekolah untuk makluman bagi ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang berminat.


maklumat sekolah


Sekolah Rendah, Menengah Agama dan Tahfiz Al Quran Darul Irfan ini mula beroperasi pada 03 Januari 2002 di atas Bukit Dahlia, Pasir Gudang yang bersuasana tenang dan nyaman dengan persekitaran perjiranan yang muhibbah.
Sekolah ini dibangunkan atas matlamat bagi menghidupkan anak-anak Muslimin supaya dapat berjaya di dalam tiga sistem iaitu di dunia dan akhirat yang diperkuatkan dengan ilmu pelajaran (Al Quran, Agama serta Akademik).
Visi kami adalah bagi membentuk generasi hafiz, hafizah, ustaz, doktor, juruteknik, arkitek dan lain-lain kerjaya yang bermanfaat untuk agama dan seluruh umat Islam secara syumul.
Keutamaan dibentuk dengan didikan sempurna yang melahirkan akhlak yang mulia sebagaimana digariskan kaedah Al Quran dan As Sunnah Rasulullah.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini sekolah kami telah berhasil mendidik hafiz dan hafizah yang berjaya di dalam bidang masing-masing.


________________________________________________________________


KETERANGAN LOGO SEKOLAH
BULAN SABIT:  MELAMBANGKAN  ISLAM

           Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah Islam

BINTANG:  MELAMBANGKAN RUKUN ISLAM      
Rasulullah SAW bersabda : lslam  itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

MENARA : MELAMBANGKAN RUKUN IMAN
Dia bertanya ( Jibril ) : Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda : ( lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qada” baik dan buruk.

AL-QURAN : MELAMBANGKAN PEGANGAN
SABDA RASULULLAH S.A.W: Ditinggalkan kepada umatku dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnahku (pegangan).


KUBAH : MELAMBANGKAN PERPADUAN ( SOLAT)
Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: SesungguhNya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, Maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia.

MATAHARI : MELAMBANGKAN CAHAYA
Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya.  Dan orang-orang yang kafir,pelindung mereka adalah Thagut (syaitan) mengeluarkan mereka daripada Nur petunjuk dan iman kepada kegelapan iaitu kekufuran.

BUNGA : MELAMBANGKAN KESUCIAN
Sesiapa yang mengikuti jalan Allah s.w.t maka akan menjumpai keredhaan-Nya dan jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah menyukai yang cantik.

     KETERANGAN WARNA
1)      MERAH : SEMANGAT YANG MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

2)      HIJAU : KEDAMAIAN YANG DIPEROLEHI DENGAN BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPAN.


3)      PUTIH : KESUCIAN YANG MELAMBANGKAN HATI UMAT ISLAM DAN HATI- HATI ORANG YANG MENJAGA MARUAH DAN ILMUNYA.


4)      KUNING : KEDAULATAN DAN KEPIMPINAN YANG AMANAH. JUJUR, DAN IKHLAS DALAM BERAMAL SOLEH SEPANJANG ZAMAN.

________________________________________________________________

Silibus Pelajaran


Senarai Matapelajaran Peringkat SDEA (Sijil Darjah Enam Agama)
  1. Tauhid
  2. Tahfiz
  3. Ibadat 1
  4. Ibadat 2
  5. Akhlak
  6. Sirah
  7. Bahasa Arab
  8. Tajwid
  9. Hadith
  10. Pendidikan Alam
  11. Matematik
  12. Sains
  13. Bahasa Inggeris
  14. Bahasa Melayu
  15. Jawi
Senarai Matapelajaran Peringkat SDKA (Sijil Darjah Khas Agama Johor)
  1. Faraid
  2. Muamalah
  3. Munakahat
  4. Tauhid
  5. Tafsir
  6. Hadith
  7. Akhlak
  8. Sirah
  9. Jenayah
  10. Ibadat
  11. Tahfiz
  12. Matematik
  13. Sains
  14. Bahasa Melayu
  15. Bahasa Inggeris
  16. Bahasa Arab
  17. Geografi
  18. Sejarah
  19. Pendidikan Islam
Senarai Matapelajaran Peringkat SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama)
  1. Nahu
  2. Saraf
  3. Sirah
  4. Insya
  5. Mutalaah
  6. Tauhid
  7. Hadith
  8. Fiqh
  9. Tahfiz
  10. Tafsir
Senarai Matapelajaran Peringkat SMA (Sijil Menengah Agama)
  1. Nahu
  2. Saraf
  3. Insya
  4. Mutalaah
  5. Tafsir
  6. Hadith
  7. Tauhid
  8. Fiqh
  9. Adab & Usus
  10. Balaghah
  11. Mantiq
  12. Tahfiz
Senarai Matapelajaran Peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Tasawwur Islam
  7. Pendidikan Sejarah Islamiyah
  8. Pendidikan Al Quran & Sunnah
  9. Bahasa Arab Tinggi
________________________________________________________________

9 comments:

  1. Assalamualaikum..my son from philippine age 10 and 14 years can study to ur school?

    ReplyDelete
  2. Asrama bagi pelajar lelaki utk sek men adakah disediakan

    ReplyDelete
  3. as slm nk tanye mcm mne nk dftr ye

    ReplyDelete
  4. Apakah peringkat umur untuk memasuki sekolah Ini Dan adakah asrama disediakan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Dari umur berapa tuk pengambilan pelajar di mahad tahfiz ni?

    ReplyDelete
  6. Assalam...maaf bertanya,blh x anak naik tingkatan 2,2020 blh daftar?

    ReplyDelete
  7. Maaf semua..blog ni guru yg buat dh tiada..so segala pertanyaan boleh ke fb pages..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....boleh share details...tkasih

    ReplyDelete